Kerjaya muzik Azharina

Juara Bintang RTM 2001

Azharina menjadi Juara Bintang RTM 2001 pada umur 16 tahun (tingkatan 4) pada 3 November 2001. Beliau berentap bersama enam peserta wanita dan dua lelaki termasuk dua nama besar tanahair iaitu Siti Sarah Raisuddin dan Misha Omar .Pada malam itu Azharina menyanyikan lagu Kau Lilin Cintaku dan Sinaran. Azharina membawa pulang wang tunai RM4000, sijil dan piala iringan.Peserta lain ialah Amir Mahiyiddin, 18, Mohd. Almi Mohd. Ali, 21, Rosmayati Yaacob, 21, Farawahida Razali, 16 dan Norhasmidar Ahmad, 15.[2]

Anugerah Era 2005

Lagu Elegi Sepi nyanyian Azharina juga dinobatkan Lagu Pop Pilihan rakyat Malaysia di Anugerah Era 2005 (AE2005) menewaskan artis ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Dayang Nurfaizah dan Liza Hanim pada 17 September 2005.[3]

Hits 1 Tv1

Azharina memenangi tempat kedua bagi kategori Lagu Terbaik di acara anugerah Hits 1 Tv1 menerusi lagu Elegi Sepi dalam pertandingan akhir Hits 1 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri Kuala Lumpur pada 23 Januari 2006. Menerusi kemenangan tersebut, Azharina bersama pencipta lagu Elegi Sepi iaitu Azlan Abu Hassan dan penulis liriknya Julfekar berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta trofi dan sijil. Ia merupakan lagu paling lama mengekalkan dalam carta Hits1 RTM 1 selama lebih 30 minggu bertahan dalam carta. Mereka tewas kepada juara iaitu Jaclyn Victor melalui lagu Gemilang ciptaan Aubrey Suwito dan penulis lirik Asmin Mudin yang membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi dan sijil.[4]

Anugerah Juara Lagu ke-20

Pada 5 Februari 2006, Azharina memasuki pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-20 TV3 dengan menyanyikan lagu Elegi Sepi dalam kategori Balada. Sayangnya Azharina tidak memenangi sebarang kemenangan pada malam tersebut.

Gegar Vaganza 3

Azharina dinobatkan sebagai juara pertandingan akhir program Gegar Vaganza (musim 3) (GV 3) yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam pada 4 Disember 2016 dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi.

Minggu 1 - Elegi Sepi
Minggu 2 - 'Sinaran' (Sheila Majid) - vokal terbaik
Minggu 3 - 'No Woman No Cry' (Bob Marley)
Minggu 4 - 'Doa Buat Kekasih' (Khatijah Ibrahim & Ramli Sarip) - Duet bersama Haleeda
Minggu 5 - 'Berhenti Berharap' (Sheila on 7)
Minggu 6 - 'Kejoraku Bersatu' (Kumpulan Search)
Minggu 7 round 1 - 'I Wanna Dance With Somebody' (Whitney Houston)
Minggu 7 round 2 - 'Fantasia Bulan Madu' (Kumpulan Search) - Duet bersama Black
Minggu 8 round 1 - 'Mama Aku Ingin Pulang' dan 'Izinkanlah' (Nike Ardilla)
Minggu 8 round 2 - 'Kesetiaan' (Siti Sarah) - 'Battle' bersama Siti Sarah

Carta Penyingkiran Gegar Vaganza 3

Minggu:1 (16/Okt)12 (23/Okt)3 (30/Okt)4 (6/Nov)25 (13/Nov)6 (20/Nov)3Semifinal (27/Nov)Final (4/Dis)Purata
KedudukanPesertaKEPUTUSAN
1AzharinaKe-2Ke-3PERTAMAKe-8 (3 Terbawah)PERTAMAKe-4PERTAMAJUARA2.63
2Siti SarahPERTAMAKe-2Ke-2Ke-9 (3 Terbawah)Ke-5Ke-2Ke-3NAIB JUARA3.25
3Zarul UmbrellaKe-3PERTAMAKe-3Ke-6Ke-2Ke-5Ke-2KETIGA3.13
4AmengKe-11 (3 Terbawah)Ke-5Ke-6Ke-2Ke-8 (3 Terbawah)PERTAMAKe-5KEEMPAT5.25
5Intan SarafinaKe-7Ke-9Ke-7Ke-4Ke-4Ke-6 (3 Terbawah)Ke-4KELIMA5.75
6Gmie ScreenKe-10 (3 Terbawah)Ke-6Ke-4PERTAMAKe-3Ke-7 (3 Terbawah)Ke-6KEENAM5.38
7NoraKe-4Ke-4Ke-5Ke-3Ke-6Ke-3Tersingkir4.57
8Zur EdaKe-8Ke-8Ke-8Ke-7Ke-7 (3 Terbawah)Tersingkir7.67
9Shidi DataKe-6Ke-11 (3 Terbawah)Ke-9 (3 Terbawah)Ke-5Tersingkir8.00
10Elly MazleinKe-9Ke-7Ke-10 (3 Terbawah)Tersingkir9.00
11RemKe-5Ke-10 (3 Terbawah)Tersingkir8.67
12Razis IsmailKe-12 (3 Terbawah)Tersingkir12.00
  • ↑Nota 1  Tiada penyingkiran di minggu pertama.
  • ↑Nota 2  Tiada penyingkiran di minggu keempat, tetapi Elly Mazlein telah menarik diri dan kebetulan markahnya juga adalah yang terendah pada minggu tersebut.
  • ↑Nota 3  Imuniti digunakan keatas Gmie Screen bagi menyelamatkan dia dari penyingkiran.

Profil vokal

  • Jenis vokal: Full-Lyric Soprano
  • Julat vokal: 2 Oktaf 5 nota dan separa nada (Eb3-C6)